DUNIA MUHAMMAD NAZIM JALALUDDIN
KEHIDUPAN DAN KERJAYA
Monday, June 12, 2017
Sunday, March 5, 2017
YAKINLAH ALLAH MUDAHKAN
السﻻم عليكم.
Allah menjaga dan permudahkan Al Quran itu untuk hambaNya untuk
1. Dicari..
Sesungguhnya Allah pelihara Al Quran itu daripada sebarang kesilapan dan disimpan di dada-dada orang2 yang beriman.
Al-Qur’an dihafal dalam dada dan tertulis dalam tulisan. Allah Subhanahu wata’ala berfirman:
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur’an dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.”
(Al-Hijr: 9)
2. Dibaca, dihafal dan difahami. Sesungguhnya Al Quran itu Allah permudahkan bagi hambaNya yang mau memikir dan berusaha.
Firman Allah yang di ulang 4 kali dalam surah Al Qomar dalam ayat 17 , 22 , 32 , dan 40
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ
Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?
Sedikit kefahaman. Dalam bahasa arab.. sekiranya kita mau bgth sesuatu tentang sesuatu perkara kepada org lain dengan tegas maka huruf taukid(penegasan) akan digunakan.
Contoh Ali bgth
"Abu sudah makan nasi ."
Ali nk bgth sungguh2 yang abu tu sudah makan, maka dalam bahasa arab huruf penegasan akan digunakan " sesungguhnya Abu telah makan nasi"
Jadi merujuk pada perkara لقد .
ل adalah huruf taukid
(penegasan)
قد juga adalah taukid.
2 kali Allah menegaskan bahasa sungguh2 Allah telah permudahkan Al Quran itu utk dipelajari/dihafal/diambil manafaat dan lain2. Maka Allah bertanya kepada kita.. adakah ada daripada kita yang mau berusaha memikirnya untuk mendalami ilmu Al Quran. Sekiranya masih bertangguh dan masih tidak terbuka hati kita untuk mendalami dan mempelajari Al Quran ..maka sama2 la kita menadah tangan memohon doa supaya Allah membuka pintu hati kita dan mengerakkan kakitangan kita.. membuka dan menutup mulut dan bibir kita serta menetapkan Al Quran itu dalam dada2 kita
Dengan rahmat dan kurniaaNya. Aamiin.
Kefahaman kedua dr ayat
Perkataan يسر memudahkan
Satu lagi perkataan yang membawa maksud mudah ialah سهل
Kenapa Allah guna يسر dan tidak سهل
Sebabnya
سهل membawa maksud yang selektif
Iaitu contoh.
Ali pandai baiki kereta.
Maksudnya pd Ali mudah saja dia nk baiki kereta sbb dia ada kemahirannya.. tetapi tidak mudah pd kebanyakan orang lain.
يسر pula membawa maksud bahawa semua orang mudah dan dapat melakukannya.
Contohnya abu mudah sangat membaca buku itu Maknanya semua orang mudah nk baca buku.
Dan tiada satu ayat pun Allah guna perkataan سهل dalam Al Quran.
Maka adakah kita masih hendak mengatakan bahawa membaca ..menghafaz dan memngamalkan Al Quran itu sulit dan susah sedangkan ALLAH sendiri yang berfirman dan memberi jaminan jitu bahawa ALLAH telah MEMUDAHKAN.
تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ
16. Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al Quran karena hendak cepat-cepat (menguasai)nya.
إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ
17. Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya.
فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ
18. Apabila Kami telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu.
ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ
19. Kemudian, sesungguhnya atas tanggungan Kamilah penjelasannya.
Al Qiyamah ayat 16 -19
RENUNG-RENUNGKAN.
Sunday, February 5, 2017
Selamat menyambut ulang tahun ke 17 perkahwinan Nazim❤Nurul
Ya Allah, perkenan dan limpahkanlah rasa cinta kepada kami. Agar kami senantiasa bahagia dalam menjalani bahtera kehidupan ini. Ya Allah, Andai semua itu tak layak bagi kami, maka cukupkanlah permohonan kami dengan ridlo-Mu.
Ya Allah… Damaikanlah pertengkaran di antara kami, padamkanlah hati kami yang saling memanas atas masalah yang datang dalam kehidupan ini. Jadikanlah kami umat-Mu yang selalu bersyukur atas segala apa yang kau berikan.
Ya Allah… Berkatilah penglihatan kami, hati kami, pendengaran kami suami/isteri dan keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.
Ya Allah… Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai. Jauhkan kami dari keburukan yang nyata dan tersembunyi. Tetapkanlah hati kami dengan pasangan kami masing masing.
Ya Rabb.. Jadikanlah kami Suami & Istri yang saling mencintai di kala dekat dan jauh, Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan. Jadikanlah kami pasangan yang akan bertemu di akhirat kelak.
Pasanganku mengajarkanku tentang akhlak dan keikhlasan. Pasanganku membantuku agar saling menjaga diri ketika berjauhan dan dekat. Ya Allah, jadikanlah kami pasangan yang saling melengkapi dan saling menyempurnakan didunia dan akhirat. Selawat dan salam kepada Rasulullah saw .
Ya Allah… Damaikanlah pertengkaran di antara kami, padamkanlah hati kami yang saling memanas atas masalah yang datang dalam kehidupan ini. Jadikanlah kami umat-Mu yang selalu bersyukur atas segala apa yang kau berikan.
Ya Allah… Berkatilah penglihatan kami, hati kami, pendengaran kami suami/isteri dan keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.
Ya Allah… Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai. Jauhkan kami dari keburukan yang nyata dan tersembunyi. Tetapkanlah hati kami dengan pasangan kami masing masing.
Ya Rabb.. Jadikanlah kami Suami & Istri yang saling mencintai di kala dekat dan jauh, Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan. Jadikanlah kami pasangan yang akan bertemu di akhirat kelak.
Pasanganku mengajarkanku tentang akhlak dan keikhlasan. Pasanganku membantuku agar saling menjaga diri ketika berjauhan dan dekat. Ya Allah, jadikanlah kami pasangan yang saling melengkapi dan saling menyempurnakan didunia dan akhirat. Selawat dan salam kepada Rasulullah saw .
الحمد لله رب العلمين
ءامين
Monday, September 28, 2015
5 Tujuan membaca Alquran
1.mengharapkan pahala dan redha Allah
2.munajat dan memohon
3.penyembuh
4.Mengali Ilmu
5.mengamalkan
Thursday, September 24, 2015
Wednesday, September 9, 2015
JADUAL TADARUS AL QURAN
ASSALAMUALIKUM
HARI NI NAK SHARE JADUAL UNTUK KITA LATIH KHATAM ALQURAN DALAM MASA 1 BULAN DAN 2 BULAN. IKUT KEMAMPUAN LA.
BILA ADA JADUAL CAMNI ADA LA DORONGAN UNTUK KITA LAKSANAKAN. MOGA DIBERKATI ALLAH
YANG NI UNTUK 1 BULAN,, SEHARI KITA BACA 20 MUKA/ 1 JUZUK
YANG UNTUK 2 BULAN , JUST PRINT 2 KEPING JE LA.. MAKSUDNYA SEHARI KITA BACA 10 MUKASURAT. ATAU SETENGAH JUZUK, 2 HARI 1 JUZUK.
SEKIAN PENGKONGSIAN.
HARI NI NAK SHARE JADUAL UNTUK KITA LATIH KHATAM ALQURAN DALAM MASA 1 BULAN DAN 2 BULAN. IKUT KEMAMPUAN LA.
BILA ADA JADUAL CAMNI ADA LA DORONGAN UNTUK KITA LAKSANAKAN. MOGA DIBERKATI ALLAH
YANG NI UNTUK 1 BULAN,, SEHARI KITA BACA 20 MUKA/ 1 JUZUK
YANG UNTUK 2 BULAN , JUST PRINT 2 KEPING JE LA.. MAKSUDNYA SEHARI KITA BACA 10 MUKASURAT. ATAU SETENGAH JUZUK, 2 HARI 1 JUZUK.
SEKIAN PENGKONGSIAN.
Tuesday, September 8, 2015
SENARAI 20 PERKARA YANG AKU INGIN BUAT DAN LAKSANAKAN DALAM HIDUP INI.
OK BERIKUT ADALAH SENARAI PERKARA YANG MMG AKU SANGAT2 NAK BUAT, TETAPI SELALU TERTANGGUH DAN RASA TAK MAMPU NK BUAT, ATAU BUAT SEPARUH JALAN DAN JUGA UNSUR RASA MALAS TU MMG WAJIB ADA LER..
KALI NI AKU TRY UTK SENARAIKAN SUPAYA SEKURANG2NYA JADI MOTIVASI UNTUK AKU MENCAPAINYA.
PERKARA BERIKUT YG LOGIK DAN MUNASABAH LA UNTUK AKU CAPAI DENGAN IZIN ALLAH DAN USAHA.
OK.. KITA MULA
NO 1 . CITA2 DR KECIK LG UNTUK HAFAZ ALQURAN TP SETAKAT NI BELUM TERCAPAI. MMG KENA USAHA YG BERTERUSAN
NO 2. NAK BELAJAR BAHASA ARAB
NO 3. NAK JADI KAYA DENGAN BISNES INTERNET.. TAK KIRA LA APA JANJI HALAL.
NO 4. NAK BINA RUMAH MACAM ISTANA UNTUK ISTERI DAN ANAK2 TERCINTA DUNIA DAN AKHIRAT.
NO 5. NAK MAIN SKI DAN PERGI KE NEGARA YANG ADA SALJI UNTUK BERCUTI. DULU DAH PI LANDON TP MUSIM BUNGA LA LAK. TAL JUMPA SALJI LA
NO 6. DAH TENTU LA SEMUA ORG ISLAM NK PERGI MENUNAIKAN HAJI, ALHAMDULILLAH UMRAH DAH PI TAHUN 2001. MOGA ALLAH TUNAIKAN NIATKU INI.
NO 7. NAK TULIS MANUSKRIP ATAU NOVEL.. TP MACAM TK BERBAKAT JE..MALAS SEBENARNYA. KURANG FOKUS
NO 8. NAK TRY RASANYA BERTANDING DI ELECTION ..KKAKAKA.. TP KEADAAN POLITIK SEKARANG SANGAT TAK STABIL UNTUK DICUBA. KIKIKI
N0 9. NAK RASA PAKAI FERARI , MERZ PERNAH PAKAI DAH..
NO 10. NAK ADA PRODUK MINUMAN ATAU MAKANAN ATAU PAKAIAN SENDIRI UNTUK DIPASARKAN SAMPAI PERINGKAT DUNIA.
NO 11. SELALU RASA AKU ADA BAKAT MENGARAH FILEM.. SO KALAU BOLEH NK BERLAKON DAN MENGARAH WALAUPUN DAH TERLAMBAT KOT SBB DAH TUA..KIKIIKIKI...
NO 12. NAK BELAJAR SCUBA, AKU NI BERENANG TAK MAHIR SGT. DAN MUDAH PANIK KALAU TEMPAT DALAM. TP NK TGK SGT LIVE BATU KARANG DAN HIDUPAN LAUT CIPTAAN ALLAH. SNOOKLING TU PERNAH LA KT PULAU LANG TENGAH ,TGANU. MMG BEST.
NO 13. AKU TERINGIN NAK MASUK FEAR FACTOR ..HUHUHU.. TP KALAU BAB MAKAN2 ULAT NI ..GELIIIII
NO 14. TERINGIN NAK TINGGAL DI MEKAH ATAU MADINAH
N0 15. TERINGIN NAK JADI KONTRAKTOR KELAS A. SEKARANG KELAS F JE.. DAH HAMPIR 13 TAHUN JD KONTRAKTOR KELAS F.
NO 16. ADEHH.. JEM GAK NI.. TK BANYAK RUPANYA PERMINTAAN DAN KEHENDAK AKU NI. OK NO 16 IALAH HENDAK BUKA SEBUAH RESTORAN 2 TINGKAT YANG BERPROFILE TINGGI. FAMILY2 LEH HAPPENING.. ORG NK BUAT MAJLIS ATAU MEETING PUN ENJOY.
NO. 17 KALAU ADA KESEMPATAN AKU NK ROUND THE WORLD LIHAT KEBESARAN ALLAH
NO 18. AGAK2 KALAU HIDUP SORG2 DALAM HUTAN TU LEH KE. NK RASA PENGALAMAN TU. TP TP TKDLAH LAMA SGT, 3 HARI OK KOT.. KIKIKI
NO 19. HARAP2 ANAK2 BERJAYA DLM KEHIDUPAN MEREKA DAN DIREDHAI ALLAH.
NO 20. NAK BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT .NK SYURGA DAN BERTEMU DENGAN ALLAH DAN KEKASIHNYA NABI MUHAMMAD S.A.W.
OK. RASANYA CUKUPLA SETAKAT TU.. MOGA ALLAH MAKBUL KAN
AMINNN.
Subscribe to:
Posts (Atom)